ads1

Review The Conjuring 2 (2016) : Buatkan Korang Tak Tidur Malam!!



Filem yang di tunggu-tunggu oleh peminat filem seram. Akhirnya telah di tayang iaitu The Conjuring 2 hasil garapan Sutradara kelahiran Sarawak James Wan.

Filem ini nyata double seram dari filem sebelumnya. Berlatar masa pada zaman 70an membuatkan kita seperti berada di zaman tersebut.Kisahnya bermula apabila pasangan penyelidik supernatural iaitu Ed Warren dan Lorraine harus ke Enfield untuk mengujungi sebuah rumah permintaan gereja.

Di rumah tersebut hiduplah seorang ibu bernama Peggy Hodgson (Frances O’Connor) beserta empat orang anak yang bernama Margaret, Janet, Johnny, dan Billy. Makhluk halus jahat yang tinggal di rumah tersebut akhirnya merasuk ke dalam tubuh Janet (Madison Wolfe) dan menimbulkan ketegangan serta menebar ancaman bagi keluarga Hodgson.

Review :The Conjuring 2 2016

Dari awal cerita ini penonton memang akan di kejutkan dengan scene-scene yang sangat menyeramkan. 30 minit awal memang akan buatkan kamu tak duduk diam dan ada yang menjerit.



Di Tambah lagi apabila Janet di rasuk oleh Roh seorang lelaki tua.Gangguan itu bukan di rasai oleh pemilik rumah tersebut tetapi juga jiran tertangga.



Membuatkan lebih penasaran apabila Lorrien dapat satu penglihat bahawa suaminya Ed akan temui ajal di tangan roh perempuan yang jahat.

Ini membuat The Conjuring 2 terasa sedikit berbeza dengan filem horor lain yang umumnya membangun klimaks secara perlahan-lahan. Latar kisah nyata di Enfield tahun 1977 yang memang sudah menegangkan sejak awal, terasa cukup membantu babak yang tidak konvensional ini.

Suka atau tidak, James Wan memang masih mengendalikan jump scare yang mengejutkan, serupa dengan filem seram yang beliau sebelum ini.

Ingat rasa mencekam saat menghadapi lorong yang suram atau keadaan rumah yang sepi dan gelap saat tengah malam? Hal-hal seperti itu dapat di rasa dalam The Conjuring 2.

Antara babak yang tak dapat di lupakan adalah apabila hantu kelur dari cermin, memang anjat boboiboylah.



Scene tak boleh di lupakan bila bill willkins keluar dari dinding.Fuh sekali lagi terkejut. Siapa bill willkins ? 

Perlu tengok sendiri, dan tak lupakan juga adik beradik janet pun jadi mangsa ganguan memang seram.

Kisah ini di adaptasi dari kisah benar. Jika ingin tahu lebih lanjut klik sini 

Pasti kalau kamu dah tengok tak boleh tidur malam !!

Share this article :
+
3 Komentar untuk "Review The Conjuring 2 (2016) : Buatkan Korang Tak Tidur Malam!!"

 
Copyright © 2015 Kaki Wayang - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia