ads1

Review Filem Korea : My New Sassy Girl Mengecewakan ?

Kepada pengikut filem Korea Pastinya tidak sabar menanti Filem Terbaru iaitu My New Sassy Girl. Filem ini ada hasil sequel dari My Sassy Girl pada 2001.


Review  My New Sassy Girl

Gyun-woo telah jatuh cinta dengan rakan sekelasnya, seorang gadis dari China yang selalu diganggu sebagaimana dia tidak fasih berbahasa Korea. Selepas beberapa tahun, kedua-dua mereka bertemu sebagai dewasa. Mereka berkahwin walaupun kedua-dua pihak keluarga tidak bersetuju. Tetapi perkara menjadi lebih rumit buat Gyun-woo apabila dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya sebagai pasangan suami isteri.


Satu kejutan berlaku apabila filem ini di tayangkan mendapat komen negatif.Kenapa ?



Bila di perhalusi dengan filem sebelum ini terdapat persamaan watak yang cuba di bawa dan jalan cerita kurang menarik. Kedua watak seperti keterujaan cuba meniru perwatakan sebelum ini tetapi sayang kurang nenjadi.

Kisah ini ada perjalanan dalam suami isteri dalam mencari keserasian. Perjalanan mengikut latar masa yang berbeza. Terdapat adegan mengayakan pakaian india, 80 an dan pelbagai lagi.

Paling kagum Victoria fasih berbahasa cina dan korea dengan baik sekali.Jika kamu tak mengikuti filem sebelumnya terdapat scene-scene yang sangat romantik , sweet dan pengajaran berharga. Paling penting dari pemilihan tempat dan custum yang mereka pakai dalam filem ini harus di puji.


Scene jenaka tetap di selitkan dalam tindakan Victoria. Tetapi ianya tidaklah sehebat filem yang sebelumnya. Kami yang menonton pun berasa agak kecewa.

Tapi jika ada kesempatan pergi menonton di wayang berhampiran, mungkin padangan kita berbeza. 

Hasil Review, admin beri :

☆☆/ ☆☆☆☆


Share this article :
+
1 Komentar untuk "Review Filem Korea : My New Sassy Girl Mengecewakan ?"

alamak baru nak tgk kejap lagi...
x jadi la huhuhu

kaissi.my

 
Copyright © 2015 Kaki Wayang - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia