ads1

Filem Hey Orang Kita Mengangkat Masalah Sosial Dan Realiti Yang Berlaku



Cerita yang harus di berikan perhatian kerana ianya mempunyai mesej yang bagus.Filem ini tiada di mana-mana pawagam tetapi hanya ada di Astro First Eksludif 480.

Sinopsis Hey Orang Kita


Sebuah siri drama musikal tentang kisah pertemuan empat pemuda di Kuala Lumpur, masing-masing ingin memenuhi takdir sendiri.

Keempat-empat pemuda tersebut tinggal di flat kos rendah yang sama, lantas tersentuhlah kehidupan mereka antara satu sama lain - sepertimana lumrah hidup penduduk di kotaraya.

Walaupun setiap watak mempunyai jalan cerita tersendiri, namun mereka berkongsi ciri-ciri yang serupa - muda, miskin, naif dan menempuhi desakan untuk terus hidup.

Sebuah Produksi Red Communications
Sebuah Karya Zara Kahan
Watak Utama: Christian Palencia, Raja Syahiran, Takahara Suiko, Talitha Tan



Karya yang digarap dalam bentuk drama muzikal arahan pengarah muda, Zara Kahan ini turut mempertaruhkan barisan pelakon baru yang juga personaliti media sosial iaitu Raja Syahiran, Talitha Tan, Christian B Palencia dan Takahara Suiko.
Selaku pengarah dan penulis skrip, Zara berkata, dia mengambil pendekatan itu untuk menampilkan kelainan yang selaras dengan tema FTV yang mengetengahkan permasalahan masyarakat.
Menerusi Hey Orang Kita, kami memaparkan realiti yang berlaku dalam masyarakat dan usaha untuk keluar daripada permasalahan itu. 
Nantikan Review  Hey Orang Kita.
Share this article :
+
0 Komentar untuk "Filem Hey Orang Kita Mengangkat Masalah Sosial Dan Realiti Yang Berlaku"

 
Copyright © 2015 Kaki Wayang - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia