ads1

Filem ‘Redha - Beautiful Pain’ Angkat Isu Budak Autisme



Filem Redha sudah pun ditayangkan di pawagam mulai 14 April yang lalu, filem inimemfokuskan tentang kehidupan ibu bapa membesarkan anaknya yang menghidap autisme. Autisme adalah masalah gangguan otak yang membatasi kemampuan pesakit tersebut dalam aspek komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku. Filem Redha ini diinspirasikan dari kisah benar dan dilakonkan oleh Namron, June Lojong, Harith Haziq, Izzy Reef, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Ruminah Sidek, Susan Lankesterserta ramai lagi. 

Filem ini diarahkan oleh Tunku Mona Riza dan diterbitkan oleh Current Pictures Sdn Bhd. Rasanya filem ini memang patut ditonton oleh semua kerana jalan ceritanya yang banyak memberi pengajaran disamping dapat memberi kesedaran mengenai Autisme kepada semua. 

  • Beautiful Pain' adalah berdasarkan kisah benar dan penggambaran dibuat di beberapa lokasi di Selangor seperti Pusat Akuatik Shah Alam, Puchong dan Kuala Lumpur serta Terengganu.

    Selain itu, untuk scene pertandingan renang di Pusat Akuatik Shah Alam, orang ramai juga dibenarkan masuk secara percuma bagi turut sama-sama 'menghidupkan' scene tersebut.


Redha memaparkan tentang hidup pasangan suami isteri, Alina dan Razlan menjadi terumbang-ambing dalam menghadapi realiti perjuangan sebenar untukmembesarkan seorang anak Istimewa selepas mendapati bahawa anak mereka Danial menghidap autisme. Ketidaksanggupan Razlan untuk menerima kebenaran menyebabkan kedinginan dalam keluarga, tetapi ketabahan Alina dan naluri seorang ibu membantu mereka dalam melalui detik yang sukar untuk membesarkan Danial.Dibantu adik dan teman rapatnya, mereka telah menemui cara khusus untuk membantu Danial, sehinggalah satu kemalangan tragis menyebabkan keluarga ini terpaksa dibina semula.
Share this article :
+
0 Komentar untuk "Filem ‘Redha - Beautiful Pain’ Angkat Isu Budak Autisme"

 
Copyright © 2015 Kaki Wayang - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia