ads1

Review Filem 1920 London : Bukan Filem Seram Yang Tipikal

Pada mulanya kami di kaki wayang ingatkan ini adalah cerita berkaitan dengan sejarah tetapi kami silap. 

Baca sedikit sinopsisnya : 

1920 London mengisahkan mengenai pasangan diraja muda dari India yang berhijrah ke London kerana si suaminya, Putera Veer melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-undang. Semuanya aman dan bahagia. Mereka hidup seperti pasangan suami isteri yang lain sehinggalah tibanya sebuah hadiah dari India. Sebuah loket antik. Veer mula diganggu. Roh yang dikirim bersama loket itu telah merasuk Veer. Puteri Shivangi, isteri kepada Veer meminta bantuan keluarganya di India untuk mencari penawar.
Pelbagai cara telah dilakukan namun gagal. Sehinggalah seorang pawang yang mereka temui mencadangkan mereka meminta bantuan seorang pawang muda, Mahedwala Baba. Namun begitu, keluarganya enggan menemui pawang muda tersebut. Rupa-rupanya pawang muda tersebut adalah bekas kekasih Shivangi, Jai yang baru sahaja dibebaskan dari penjara.

1920 London adalah sebuah filem hindi yang sangat berbeza dari filem hindi yang biasa. Satu, kerana ia membawa tema filem seram. Namun, ia bukanlah filem seram yang tipikal. Kebanyakan filem seram akan berkait tentang paranormal yang mendiami sesuatu kediaman atau sebagainya. Namun, filem seram ini lebih berkisar kepada bagaimana dendam akhirnya boleh menghancurkan seseorang.
Separuh masa pertama filem adalah lebih berkisar kepada sejarah keluarga mereka, sejarah percintaan Shivangi dan Jai dan bagaimana mereka cuba untuk menyembuhkan Veer dari ilmu hitam itu. 
Satu yang mengejutkan adalah pendedahan penjahatnya dan sukar di jangka. Kamu nak tahu kena tengok sendiri.
Mood 1920 itu ada
Memang tak dapat di nafikan hasil Cinematografi filem ini juga begitu cantik. Situasi benar-benar digambarkan seperti pada tahun 1920. Penggunaan set lokasinya agak minima.

Paling penting ianya sangat berbeza dengan filem hindi yanf biasa !! 

Share this article :
+
0 Komentar untuk "Review Filem 1920 London : Bukan Filem Seram Yang Tipikal "

 
Copyright © 2015 Kaki Wayang - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia